Sunday 30 April 2017

Bahan-bahan yang berkaitan Kitar Semula


Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula







DEFINISI Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.


AMALAN 3R DI RUMAH


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan
  1. Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serbaguna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

  •  Kitar semula di rumah:
    • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
    • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
    • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula di laman anda:
    • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
    • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
  • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
    • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
    • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
    • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

      SUMBER: http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/alam-sekitar/60-amalan-3r-di-rumah.html





Kebaikan Kitar Semula

Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.

Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.

Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.




MENGAPA PERLU KITAR SEMULA 
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.








KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR 

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.


  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA 

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
























Laporan Pertandingan


Contoh Laporan pertandingan kitar semula : 


LAPORAN PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA


Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi dan menjadi barah kepada penduduk Bumi. Jika kita sayang akan Bumi yang kita diami ini, seharusnya kesedaran tentang betapa pentingnya  menjaga kebersihan perlu ada dalam diri setiap insan. Menyedari hakikat ini, sebagai guru pelatih, kami merasakan kami bertanggungjawab untuk mendidik individu sejak dari peringkat kecil lagi. Memandangkan kami telah menjalankan program Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, kami telah mengadakan kerjasama dengan  pihak sekolah untuk menjayakan program Minggu Kitar Semula. Secara  rasminya  pada minggu kedua iaitu 14 Julai sehingga 18 Julai adalah minggu kitar semula. Pelancaran minggu kitar semula adalah salah satu projek yang kami laksanakan untuk menerapkan kesedaran kepada murid tentang kesedaran kitar semula.



      Projek ini adalah satu projek yang besar kerana dalam minggu ini terdapat pelbagai aktiviti yang kami telah jalankan. Aktiviti pertama adalah sehari 5 minit pesanan antidadah yang dikendalikan oleh kami sendiri dan setiap pesanan mempunyai soalan untuk dikemukakan pada perhimpunan pagi. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti lain yang melibatkan aktiviti antidadah yang lain. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan berbincang dahulu dengan guru pembimbing kami merangkap guru kaunseling sekolah.



MINGGU KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
( 14 Julai hingga 18 Julai 2014 )

1.0        Maklumat umum
            Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk         dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang   tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas,  plastikkertas kadbod, kaca dan pakaian.  
                        Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu             mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga         perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini        termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0        Objektif
2.1      Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara mengitar           semula.
2.2        Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
2.3        Meningkatkan kesedaran kepada  murid tentang pentingnya menjaga alam sekitar




3.0       Strategi pelaksanaan
Setelah mendapat projek ini, ahli jawatankuasa dibentuk bagi memastikan projek  ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kemudian pelan      tindakan          untuk memulakan projek di kemukakan bagi memperlihatkan perjalanan    kerja lebih        sistematik dan teratur. Berikut merupakan antara pelan tindakan yang telah dibuat :

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1
14 Julai 2014

·         Perkenalkan Minggu Kitar Semula
·         Perasmian Minggu Kitar Semula
·         Menyatakan aktiviti yang dijalankan.
                                i.            Pengumpulan barang kitar semula
                              ii.            Mengadakan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula



Perasmian oleh guru besar En. Anuar B. Haji Buyong
2
15-16 Julai 2014

·         Pengumpulan barang kitar semula

Guru pelatih
3
17 Julai 2014

·         Hari terakhir pengumpulan barang kitar semula dan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Guru pelatih

4
18 Julai 2014

·         Majlis penutupan Minggu Kitar Semula.
                                i.            Ceramah bertajuk ‘Kepentingan Kitar Semula’
                              ii.            Penyampaian hadiah bagi pengumpulan barang kitar semula dan Pertandingan Reka Cipta.
Ceramah disampaikan oleh wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam




4.0       Laporan
      Projek Kitar Semula telah dijalankan selama seminggu bermula daripada hari Isnin             sehingga hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu           Kitar Semula berlangsung :

                    i.            Hari pertama ( 14 Julai 2014 )
Pada hari pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi.  Guru besar iaitu En. Anuar bin Hj. Buyong telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut. Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.
                  Pada hari ini juga murid-murid diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.




                  ii.            Hari kedua dan ketiga ( 15 hingga 16 Julai 2014 )
Pada hari kedua dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5, Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang dikumpul juga harus kelihatan terkawal. 
                  Selain itu, peringatan mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar  Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.

                iii.            Hari keempat ( 17 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk  mengumpulkan barang-barang kitar semula tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.


                  Bagi pertandingan Reka Cipta bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains serta pembantunya  Pn. Thelaga. Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap 2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.

                iv.            Hari kelima ( 18 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul 8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.
                  Seterusnya, demonstrasi mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3 langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.
                  Acara terakhir ialah majlis penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Anuar bin Hj. Buyong. Beliau telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan pertama ialah pertandingan pengumpulan barang kitar semula yang terbanyak mengikut kelas bagi tahap satu dan tahap dua. Senarai pemenang adalah seperti di bawah :
a.       Tahap 1 ( 1 Anggun )
b.      Tahap 2 ( 5 Arif )
                 Seterusnya bagi pertandingan reka cipta bahan terpakai pula senarai pemenang adalah seperti di bawah :
Tahap 1
Tahap 2
1.      Nur Athira                   ( 3B )

1.      Nurin Zulaikha            ( 5A )
2.      Afeada Sofea  ( 3B )

2.      Nur Alia Amyra          ( 5A )
3.      Siti Nurain                   ( 1B )

3.      Radiefa Mohd ( 5A )
4.      Nur Arissa                   ( 3B )

4.      Abdul Rahman            ( 4A )
5.      Alyaa Ajuwa               ( 2B )

5.      Mohd Ihsan                 ( 6A )
6.      Muhd. Aliff                ( 3A )

6.      Siti Nur Bahirah          ( 6B )
7.      Muhd. Aiman  ( 2A )

7.      Norshafiqah                ( 5A )
8.      Aisa Najeha                 ( 3B )

8.      Mohd Syawal  ( 5A )

                                    Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah ini maka tamatlah sudah minggu Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh guru pelatih. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kami juga berpuas hati kerana projek yang dijalankan ini telah mencapai matlamat yang diharapkan.

http://ticersaing.blogspot.my/2014/10/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html